Executive Talk | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia

Executive Talk

Rasai Kuasa Sebenar Gen AI Dalam Masa 1 Jam

Kami percaya cara terbaik untuk yakinkan sesebuah organisasi tentang kuasa Gen AI bukan dengan bercakap, tetapi dengan menunjukkan impaknya secara langsung. Justeru, Executive Talk merupakan program pro bono selama 1 jam yang kami laksanakan di lokasi tuan (buat masa ini, sekitar KL & Selangor sahaja). Untuk luar kawasan, program dijalankan secara online.

Durasi 1 JamPro Bono / PercumaOn-site KL & Selangor atau Online
Sesi Executive Talk OpenTraining.asia

Sesuai Untuk

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Executive Talk?

Corner Speaker

Mengisi slot latihan seperti corner speaker dalam program sedia ada anda.

Slot Program Penuh

Mengisi slot bagi program penuh yang tuan puan anjurkan.

Sesi Penilaian

Menilai kualiti dan cara penyampaian trainer kami sebelum mengambil program penuh bersama kami.

Topik Pilihan

Topik Teknik Praktikal Yang Sesuai Untuk 1 Jam

Ringkas, padat dan terus tunjuk hasil — dirangka khusus supaya peserta terus rasa “wow” sepanjang sesi 1 jam ini.

Teknik Menyiapkan Minit Mesyuarat Dalam 5 Minit Menggunakan AI

Tonton AI tukar rakaman mesyuarat jadi minit rasmi siap format — depan mata peserta, dalam masa 5 minit.

Teknik Menghasilkan Poster & Infografik Tanpa Kemahiran Design

Dari idea ke poster siap guna, tanpa Photoshop dan tanpa designer — hanya dengan prompt yang betul.

Teknik Membina Slide Pembentangan Lengkap Dalam Masa Singkat

Deck yang biasanya ambil masa berjam-jam untuk disiapkan, siap dalam beberapa minit sahaja.

Kaedah Menukar Data Mentah Kepada Laporan & Dashboard

Excel yang mengelirukan bertukar jadi dashboard visual dan laporan eksekutif secara automatik.

Teknik Menyaring Calon & Menyediakan Soalan Temuduga Menggunakan AI

Puluhan resume disaring dan diranking dalam minit, lengkap dengan soalan temuduga yang relevan.

3 Teknik Prompting Yang Mengubah Cara AI Memahami Anda

Rahsia sebenar di sebalik hasil AI yang berkualiti bukan pada tools yang canggih, tetapi pada cara anda bertanya — kuasai 3 teknik ini dan lihat perbezaannya secara langsung.

Tempah Executive Talk

Isi borang ini dengan keperluan program anda, dan kami respon sepantas 1 jam.