Modul 9
AI Smart Branding – Menaikkan Branding Jenama Melalui TikTok Dengan Content Berpengaruh
Bantu anda bina strategi & content TikTok yang berpengaruh guna Gen AI.
Durasi
2 hari
Masa
9:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi
Atas persetujuan bersama
Pendahuluan
Kursus intensif selama 2 hari ini direka khusus untuk membantu jenama, peniaga dan organisasi membina kehadiran yang berpengaruh di TikTok — platform yang kini menjadi salah satu saluran pemasaran paling berkuasa di Malaysia untuk menjangkau audience baharu dan membina kepercayaan jenama.
Melalui modul yang berteraskan 80% pembelajaran praktikal, peserta akan dibimbing membina strategi branding, mengoptimumkan akaun, serta menghasilkan content menggunakan teknik storytelling dan bantuan Gen AI untuk video production — tanpa perlu kemahiran videography yang tinggi.
Kursus ini turut merangkumi asas data analytics supaya peserta dapat mengukur keberkesanan content yang dihasilkan dan terus memperbaiki strategi jenama di TikTok secara berterusan, selaras dengan objektif perniagaan.
Objektif Pembelajaran
- •Menganalisis potensi TikTok sebagai platform pemasaran dan pembinaan jenama.
- •Membina strategi branding yang konsisten dan relevan dengan audience TikTok.
- •Mengoptimumkan akaun dan profil TikTok untuk kredibiliti jenama.
- •Menghasilkan content berpengaruh menggunakan teknik storytelling dan bantuan Gen AI.
- •Menganalisis data dan metrik untuk memperbaiki strategi content secara berterusan.
Hasil Pembelajaran
Selesai dari sesi ini, peserta dapat:
- •Membina strategi branding TikTok yang tersusun untuk organisasi atau jenama sendiri.
- •Menghasilkan video content menggunakan tools Gen AI dengan lebih pantas dan konsisten.
- •Mengoptimumkan akaun TikTok mengikut amalan terbaik terkini.
- •Membaca metrik performance TikTok untuk membuat keputusan content yang lebih tepat.
- •Membina kalendar content yang konsisten dan selaras dengan objektif jenama.
Sasaran Peserta
- •Brand Manager dan Marketing Executive
- •Pemilik Perniagaan / SME
- •Content Creator dan Social Media Executive
- •Pegawai Komunikasi Korporat
- •Mana-mana individu yang bertanggungjawab membina kehadiran jenama di media sosial.
Modul Pembelajaran
Modul 1: Asas Pemasaran TikTok
- •Pengenalan Algoritma & Ekosistem TikTok
- •Memahami Tingkah Laku Audience TikTok
- •Jenis-Jenis Content Yang Berprestasi Tinggi
- •Menentukan Objektif Jenama Di TikTok
Modul 2: Strategi Branding Di TikTok
- •Framework Branding Untuk TikTok
- •Membina Brand Voice & Identiti Content
- •Menentukan Content Pillar Jenama
- •Kajian Kes Jenama Yang Berjaya Di TikTok
Modul 3: Optimize Akaun TikTok
- •Setup & Optimize Profil Perniagaan
- •Bio, Link & Call-To-Action Yang Berkesan
- •Strategi Consistency Posting
- •Cross-Promotion Dengan Platform Lain
Modul 4: Teknik Penghasilan Content Berpengaruh
- •Formula Hook 3 Saat Pertama
- •Teknik Storytelling Untuk TikTok
- •Prompt Idea Content Guna Gen AI
- •Trend Jacking & Adaptasi Trend Semasa
Modul 5: Video Production Guna AI Tools
- •Script & Storyboard Guna AI
- •Text-To-Video & AI Voiceover
- •Editing Pantas Guna AI Tools
- •Caption & Hashtag Optimization Guna AI
Modul 6: Data Analytics Untuk Tingkatkan Performance
- •Membaca TikTok Analytics Dashboard
- •Metrik Penting: Watch Time, Engagement, Share
- •A/B Testing Content
- •Laporan & Penambahbaikan Strategi Berterusan
Kaedah Pembelajaran
- •80% praktikal. 20% teori.
- •Sesi penerangan yang ringkas.
- •Sesi demo langkah demi langkah.
- •Sesi praktikal dan review.
Tentatif Program
Hari 1: Asas & Strategi Branding
| Masa | Modul/Aktiviti |
|---|---|
| 09:00 - 10:30 | Modul 1: Asas Pemasaran TikTok |
| 10:30 - 11:00 | Rehat |
| 11:00 - 13:00 | Modul 2: Strategi Branding Di TikTok |
| 13:00 - 14:00 | Makan Tengah Hari & Rehat |
| 14:00 - 15:30 | Modul 3: Optimize Akaun TikTok |
| 15:30 - 17:00 | Modul 4: Teknik Penghasilan Content Berpengaruh |
Hari 2: Content Production & Analytics
| Masa | Modul/Aktiviti |
|---|---|
| 09:00 - 10:30 | Sambungan Modul 4: Teknik Penghasilan Content Berpengaruh |
| 10:30 - 11:00 | Rehat |
| 11:00 - 13:00 | Modul 5: Video Production Guna AI Tools |
| 13:00 - 14:00 | Makan Tengah Hari & Rehat |
| 14:00 - 15:30 | Modul 6: Data Analytics Untuk Tingkatkan Performance |
| 15:30 - 17:00 | Sesi Praktikal & Review Content Peserta |