AI Smart Data – Analyzing Data, Reporting, Slides & Dashboard | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia
← Kembali ke Senarai Modul

Modul 6

AI Smart Data – Analyzing Data, Reporting, Slides & Dashboard

Bantu anda guna Gen AI untuk menganalisa data, laporan analisa dan dashboard.

Durasi

1 hari

Masa

9:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi

Atas persetujuan bersama

Pendahuluan

Kursus "AI Smart Data" ini direka untuk mentransformasikan cara kerja pejabat tradisional kepada digital yang lebih efisien dengan memanfaatkan kuasa Generative AI (Gen AI) seperti Gemini dan ChatGPT.

Pendekatan pembelajaran kami mengutamakan amalan hands-on, di mana 80% daripada masa kursus diperuntukkan untuk sesi praktikal menggunakan data sebenar peserta.

Matlamat akhir kami adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang celik AI, yang mahir menganalisis data kompleks, membina laporan berimpak tinggi, serta menyediakan bahan pembentangan yang profesional.

Melalui modul yang komprehensif ini, kami yakin para peserta akan dapat meningkatkan produktiviti secara drastik dan mencapai kepuasan kerja yang lebih tinggi dalam persekitaran pejabat masing-masing.

Objektif Pembelajaran

  • Menjelaskan integrasi etika dan potensi teknologi Gen AI dalam persekitaran pejabat.
  • Membina teknik 'prompting' yang berkesan untuk menghasilkan tugasan yang tepat.
  • Menganalisis data mentah menggunakan alat AI untuk menjana laporan yang profesional.
  • Membangunkan visualisasi data dan papan pemuka (dashboard) yang interaktif.
  • Mengoptimumkan pengurusan masa dan tugasan harian melalui automasi AI.

Hasil Pembelajaran

Selesai dari sesi ini, peserta dapat:

  • Menunjukkan kemahiran dalam teknik 'prompting' yang sistematik untuk menyelesaikan tugasan pejabat.
  • Menganalisis set data yang kompleks untuk mendapatkan cerapan (insight) yang tepat menggunakan AI.
  • Mencipta papan pemuka (dashboard) data yang efektif untuk kegunaan jabatan.
  • Menilai kualiti output AI bagi memastikan ketepatan, relevansi, dan integriti data.
  • Mensintesis maklumat menjadi bahan pembentangan dan laporan satu muka surat yang kreatif serta profesional.

Sasaran Peserta

  • Pegawai dan kakitangan di sektor awam dan swasta.
  • Pengurus dan eksekutif yang terlibat dalam analisis data dan pelaporan.
  • Setiausaha dan pembantu tadbir yang ingin meningkatkan kecekapan kerja.
  • Individu yang ingin menguasai teknologi terkini untuk produktiviti peribadi.
  • Pengamal komunikasi dan pemasaran yang memerlukan penjanaan kandungan pantas.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi

  • Pengenalan & Kelebihan Gen AI dalam Kerja Pejabat
  • Mindset & Etika Penggunaan Gen AI
  • Senarai Tools AI (Gemini, ChatGPT, Claude, dll.)
  • Cara Daftar dan Akses Tools yang Betul
  • Cara Buat Gen AI 'Kenal' Anda dan Gaya Kerja Anda

Modul 2: Gen AI Untuk Membuat Analisa Data & Laporan

  • Best Practice Membuat Analisis Data
  • 1 Langkah Penting Supaya AI Faham Konteks Data Anda
  • 3 Sequence Prompting untuk Analisis yang Tepat
  • Prompt Membuat Laporan Analisis yang Profesional

Modul 3: Gen AI Untuk Membuat Dashboard Laporan

  • Perbezaan Offline vs Real-Time Dashboard
  • Contoh Offline Dashboard untuk Jabatan
  • Prompt untuk Convert Laporan jadi Dashboard

Modul 4: Gen AI Untuk Membuat Slides Pembentangan

  • Best Practice Membuat Slides Pembentangan yang Berkesan
  • Prompt Convert Laporan Jadi Slides
  • Buat Slides Guna Gemini
  • Buat Slides Guna NotebookLM

Modul 5: Gen AI Untuk Membina One Page Report

  • Tools AI Terbaik: ChatGPT & Gemini untuk Visual
  • Prompt Buat One Page Report
  • Prompt Convert One Report Jadi Poster Infografik
  • Prompt Convert Dashboard Jadi One Page Poster

Kaedah Pembelajaran

  • 80% praktikal. 20% teori.
  • Sesi penerangan yang ringkas.
  • Sesi demo langkah demi langkah.
  • Sesi praktikal dan review.

Tentatif Program

Hari 1

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:30Modul 1: Pengenalan Gen AI & Etika Kerja
10:30 - 10:45Rehat Pagi
10:45 - 13:00Modul 2 & 3: Analisis Data & Dashboard
13:00 - 14:00Makan Tengah Hari
14:00 - 15:30Modul 4: Slides Pembentangan
15:30 - 16:30Modul 5: One Page Report & Infografik
16:30 - 17:00Soal Jawab, Penutup & Sijil