AI Smart Design – Generate Impactful Poster & Infographic | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia
← Kembali ke Senarai Modul

Modul 5

AI Smart Design – Generate Impactful Poster & Infographic

Bantu anda guna Gen AI untuk hasilkan poster dan infografik yang berimpak tinggi.

Durasi

1 hari

Masa

9:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi

Atas persetujuan bersama

Pendahuluan

Kursus 'AI Smart Design: Generate Impactful Poster & Infographic' ini direka khusus untuk memperkasakan warga kerja dengan kemahiran praktikal dalam memanfaatkan alat Gen AI seperti Gemini, ChatGPT, dan Canva bagi menghasilkan reka bentuk visual yang profesional dan berimpak tinggi.

Melalui pendekatan pembelajaran 80% praktikal dan 20% teori, peserta akan dibimbing langkah demi langkah untuk menguasai teknik penghasilan poster, infografik, dan bahan komunikasi visual yang menarik dalam masa yang singkat.

Fokus utama kami adalah memastikan setiap peserta bukan sahaja memahami konsep, tetapi mampu menghasilkan bahan kerja yang berkualiti terus di tempat latihan.

Dengan gabungan bimbingan pakar dan modul yang komprehensif, kursus ini menjadi pemangkin kepada transformasi digital dalam pengurusan tugas pejabat anda.

Objektif Pembelajaran

  • Menerangkan kepentingan dan etika penggunaan Gen AI dalam persekitaran kerja profesional.
  • Mengaplikasikan pelbagai tools Gen AI (Gemini, ChatGPT, Canva) dalam menghasilkan bahan visual yang berkesan.
  • Mereka bentuk poster, infografik, dan bahan komunikasi visual yang kreatif dan profesional.
  • Menganalisis elemen visual yang berimpak tinggi untuk tujuan promosi dan pelaporan.
  • Mencipta penyelesaian visual yang pantas dan efisien bagi tugasan pejabat seharian.

Hasil Pembelajaran

Selesai dari sesi ini, peserta dapat:

  • Mengenal pasti (Remembering) fungsi utama alat Gen AI yang sesuai untuk tugasan pejabat.
  • Memahami (Understanding) konsep reka bentuk visual yang efektif untuk media sosial dan laporan.
  • Menggunakan (Applying) arahan (prompt) yang tepat untuk menjana idea reka bentuk.
  • Menganalisis (Analyzing) kualiti visual yang dihasilkan bagi memastikan ia menepati kehendak audiens.
  • Mencipta (Creating) produk akhir seperti poster, infografik, dan carousel yang sedia untuk digunakan.

Sasaran Peserta

  • Pegawai dan staf sokongan yang terlibat dalam pengurusan media sosial jabatan.
  • Kakitangan yang perlu menyediakan laporan, slaid pembentangan, dan poster aktiviti secara kerap.
  • Pentadbir pejabat yang ingin meningkatkan kemahiran digital dan produktiviti kerja.
  • Pendidik atau pelatih yang memerlukan bantuan visual untuk bahan pengajaran.
  • Mana-mana individu yang ingin mempelajari teknik pantas menghasilkan bahan grafik menggunakan AI.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi

  • Pengenalan & Kelebihan Gen AI dalam Kerja Pejabat
  • Mindset & Etika Penggunaan Gen AI
  • Senarai Tools AI (Gemini, ChatGPT, Canva)

Modul 2: Membina Poster Program

  • Konsep Poster Program
  • Contoh Poster Program
  • Prompt Poster Program
  • Cara Edit Poster Program

Modul 3: Membina Poster Ucapan

  • Konsep Poster Ucapan
  • Contoh Poster Ucapan
  • Prompt Poster Ucapan
  • Cara Edit Poster Ucapan

Modul 4: Membuat Poster Sosial Media

  • Konsep Poster Sosial Media
  • Contoh Poster Sosial Media
  • Prompt Poster Sosial Media
  • Cara Edit Poster Sosial Media

Modul 5: Membuat Poster Flowchart SOP

  • Konsep Poster Flowchart SOP
  • Contoh Poster Flowchart SOP
  • Prompt Poster Flowchart SOP
  • Cara Edit Poster Flowchart SOP

Modul 6: Membuat Poster Carousel

  • Konsep Poster Carousel
  • Contoh Poster Carousel
  • Prompt Poster Carousel
  • Cara Edit Poster Carousel

Modul 7: Membuat Infographic

  • Konsep Poster Infographic
  • Contoh Poster Infographic
  • Prompt Poster Infographic
  • Cara Edit Poster Infographic

Modul 8: Membuat Redesign Poster Sedia Ada

  • Konsep Redesign Poster
  • Contoh Redesign Poster
  • Prompt Redesign Poster
  • Cara Edit Redesign Poster

Kaedah Pembelajaran

  • 80% praktikal. 20% teori.
  • Sesi penerangan yang ringkas.
  • Sesi demo langkah demi langkah.
  • Sesi praktikal dan review.

Tentatif Program

Hari 1

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:30Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi
10:30 - 10:45Rehat / Minum Pagi
10:45 - 13:00Modul 2, 3 & 4: Poster Program, Poster Ucapan & Poster Sosial Media
13:00 - 14:00Makan Tengah Hari & Solat
14:00 - 15:30Modul 5, 6 & 7: Poster Flowchart, Carousel & Infographic
15:30 - 16:30Modul 8: Redesign Poster Sedia Ada & Sesi Review
16:30 - 17:00Soal Jawab & Penutup