AI Smart Minutes – Generating Minutes Faster & Better | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia
← Kembali ke Senarai Modul

Modul 3

AI Smart Minutes – Generating Minutes Faster & Better

Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan minit mesyuarat, laporan dan slides.

Durasi

1 hari

Masa

9:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi

Atas persetujuan bersama

Pendahuluan

Kursus 'AI Smart Minutes: Generating Minutes Faster & Better' direka khas untuk memperkasakan kakitangan dengan kemahiran memanfaatkan Generative AI (Gen AI) sebagai rakan kolaborasi yang strategik.

Melalui modul intensif yang merangkumi teknik prompt engineering, peserta akan dibimbing untuk mengintegrasikan teknologi terkini seperti Gemini, NotebookLM, dan ChatGPT dalam penyediaan minit mesyuarat, laporan, dan slaid pembentangan yang berkualiti tinggi.

Dengan pendekatan pembelajaran 80% praktikal, kursus ini bukan sahaja memfokuskan kepada teori, malah memastikan peserta mampu mengurangkan beban tugas manual, meminimumkan kesilapan, dan meningkatkan kecekapan kerja harian secara drastik serta profesional.

Objektif Pembelajaran

  • Mengenalpasti fungsi dan etika penggunaan Generative AI sebagai pembantu peribadi dalam konteks pejabat.
  • Menerangkan kepentingan prompt engineering dalam menghasilkan output yang berkualiti dan relevan dengan keperluan kerja.
  • Melaksanakan teknik prompting yang berkesan bagi menjana minit mesyuarat, laporan, dan kertas kerja secara automatik.
  • Membandingkan kecekapan pelbagai tools AI untuk memilih penyelesaian terbaik bagi tugasan tertentu.
  • Menghasilkan minit mesyuarat, proposal, dan slide pembentangan yang profesional dan tersusun melalui bantuan AI.

Hasil Pembelajaran

Selesai dari sesi ini, peserta dapat:

  • Menerangkan konsep asas dan potensi AI dalam mempercepatkan proses kerja pejabat.
  • Menyusun kerangka kerja minit mesyuarat dan laporan menggunakan formula prompting yang tepat.
  • Menjana dokumen rasmi (minit mesyuarat/laporan) dengan struktur yang sistematik dan profesional.
  • Membina slides pembentangan yang berkesan berdasarkan kandungan teks secara automatik.
  • Menilai kualiti hasil output AI dan membuat penambahbaikan bagi memenuhi keperluan organisasi.

Sasaran Peserta

  • Pegawai tadbir dan eksekutif yang menguruskan banyak mesyuarat dan laporan.
  • Setiausaha atau kakitangan sokongan yang terlibat dalam penyediaan dokumen minit.
  • Kakitangan profesional yang ingin meningkatkan kemahiran teknologi dalam pengurusan kerja.
  • Usahawan yang ingin mengoptimumkan proses pentadbiran perniagaan.
  • Mana-mana individu yang ingin menguasai penggunaan AI bagi mempercepatkan tugasan harian.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi

  • Pengenalan & Kelebihan Gen AI dalam Kerja Pejabat
  • Mindset & Etika Penggunaan Gen AI
  • Senarai Tools AI (Gemini, ChatGPT, Copilot, dll.)
  • Cara Daftar dan Akses Tools yang Betul

Modul 2: 3 Teknik Prompting Yang Berkesan

  • 3 Best Practice Dalam Prompting
  • Cara Buat AI 'Kenal' Anda dan Gaya Kerja Anda
  • Teknik 1: By Formula
  • Teknik 2: By Reference
  • Teknik 3: By Delegate Prompt

Modul 3: Gen AI Untuk Membuat Minit Mesyuarat

  • Pengenalan kepada Automasi Minit Mesyuarat
  • NotebookLM untuk Generate Minit Secara Automatik
  • Simple Prompt untuk Minit Mesyuarat Asas
  • Basic Prompt untuk Minit Mesyuarat Berstruktur
  • Upgraded Prompt untuk Minit Mesyuarat Profesional
  • Prompt Buat Minit Mesyuarat Ikut Format Kita

Modul 4: Gen AI Untuk Convert Minit Mesyuarat Menjadi Laporan/Proposal

  • Best Practice Membina Laporan/Proposal yang Berkesan
  • Flow Membina Laporan Berdasarkan Minit Mesyuarat
  • Prompt Convert Minit Mesyuarat Kepada Laporan/Proposal
  • Prompt Buat Minit Mesyuarat Ikut Format Kita

Modul 5: Gen AI Untuk Membuat Slides Pembentangan

  • Best Practice Membuat Slides Pembentangan yang Berkesan
  • Prompt Buat Flow dan Struktur Slides
  • Prompt Buat Slides Menggunakan Gemini
  • Prompt Buat Slides Menggunakan NotebookLM

Kaedah Pembelajaran

  • 80% praktikal. 20% teori.
  • Sesi penerangan yang ringkas.
  • Sesi demo langkah demi langkah.
  • Sesi praktikal dan review.

Tentatif Program

Hari 1

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:30Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi
10:30 - 10:45Rehat
10:45 - 12:30Modul 2: 3 Teknik Prompting Yang Berkesan
12:30 - 14:00Rehat Tengah Hari
14:00 - 15:30Modul 3: Gen AI Untuk Membuat Minit Mesyuarat
15:30 - 16:00Modul 4: Gen AI Untuk Convert Minit Mesyuarat Menjadi Laporan/Proposal
16:00 - 16:45Modul 5: Gen AI Untuk Membuat Slides Pembentangan
16:45 - 17:00Rumusan & Penutup