AI Smart Video – From Storyboard to Spectacles | OpenTraining.asia
OpenTraining.asia
← Kembali ke Senarai Modul

Modul 7

AI Smart Video – From Storyboard to Spectacles

Bantu anda guna Gen AI untuk siapkan video PSA, taklimat dan story.

Durasi

1 hari

Masa

9:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi

Atas persetujuan bersama

Pendahuluan

Kursus 'AI Smart Video - From Storyboard to Spectacles' dibangunkan bagi menjawab cabaran landskap kerja masa kini yang menuntut kecekapan serta ketepatan yang jitu.

Dengan pendekatan pembelajaran 80% praktikal dan 20% teori, kursus ini memfokuskan kepada aplikasi sebenar alat Gen AI seperti Gemini, ChatGPT, dan NotebookLM.

Peserta tidak sekadar mempelajari teori, tetapi akan dibimbing untuk menghasilkan output kerja sebenar seperti laporan, minit mesyuarat, dan bahan visual secara langsung semasa sesi berlangsung.

Pengalaman 'hands-on' ini memastikan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan terus di tempat kerja.

Melalui penguasaan teknologi ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti serta estetika hasil kerja, malah mampu menguruskan masa dengan lebih sistematik.

Objektif Pembelajaran

  • Mengingat & Memahami: Menguasai konsep asas, limitasi, dan etika penggunaan Generative AI dalam konteks profesional.
  • Mengaplikasi: Menggunakan teknik prompt engineering yang berkesan untuk tugasan harian seperti penulisan laporan dan penyediaan minit mesyuarat.
  • Menganalisis: Menilai dan memproses data kompleks menggunakan alat AI untuk mempercepatkan proses membuat keputusan yang tepat.
  • Mencipta: Menghasilkan video penerangan dan bahan pembentangan profesional dengan memanfaatkan alatan AI terkini.

Hasil Pembelajaran

Selesai dari sesi ini, peserta dapat:

  • Menghasilkan minit mesyuarat dan laporan secara automatik dengan ketepatan tinggi menggunakan AI.
  • Membangunkan papan pemuka (dashboard) atau visualisasi data yang bermakna daripada laporan sedia ada.
  • Menguruskan keseluruhan proses penghasilan video dari peringkat papan cerita (storyboard) hingga siap dengan bantuan AI.
  • Mengintegrasikan AI sebagai pembantu peribadi digital untuk mengoptimumkan gaya kerja harian yang lebih sistematik.

Sasaran Peserta

  • Pegawai Eksekutif & Staf Sokongan.
  • Pengurus & Pentadbir Pejabat.
  • Pencipta Kandungan (Content Creators) dalam organisasi.
  • Individu yang ingin meningkatkan kecekapan digital dan produktiviti pejabat.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi

  • Pengenalan & Kelebihan Gen AI dalam Kerja Pejabat
  • Mindset & Etika Penggunaan Gen AI
  • Senarai Tools AI (Gemini, ChatGPT, Claude, dll.)
  • Cara Daftar dan Akses Tools yang Betul
  • Cara Buat Gen AI 'Kenal' Anda dan Gaya Kerja Anda

Modul 2: Gen AI Untuk Membuat Video PSA

  • Best Practice Membuat Analisis Data
  • 1 Langkah Penting Supaya AI Faham Konteks Data Anda
  • 3 Sequence Prompting untuk Analisis yang Tepat
  • Prompt Membuat Laporan Analisis yang Profesional

Modul 3: Gen AI Untuk Membuat Video Penerangan

  • Perbezaan Offline vs Real-Time Dashboard
  • Contoh Offline Dashboard untuk Jabatan
  • Prompt untuk Convert Laporan jadi Dashboard

Modul 4: Gen AI Untuk Membuat Video Story

  • Best Practice Membuat Slides Pembentangan yang Berkesan
  • Prompt Convert Laporan Jadi Slides
  • Buat Slides Guna Gemini
  • Buat Slides Guna NotebookLM

Kaedah Pembelajaran

  • 80% praktikal. 20% teori.
  • Sesi penerangan yang ringkas.
  • Sesi demo langkah demi langkah.
  • Sesi praktikal dan review.

Tentatif Program

Hari 1

MasaModul/Aktiviti
09:00 - 10:30Modul 1: Gen AI Sebagai Pembantu Peribadi
10:30 - 10:45Rehat
10:45 - 13:00Modul 2: Gen AI Untuk Membuat Video PSA
13:00 - 14:00Makan Tengah Hari
14:00 - 15:30Modul 3: Gen AI Untuk Membuat Video Penerangan
15:30 - 16:30Modul 4: Gen AI Untuk Membuat Video Story
16:30 - 17:00Rumusan, Q&A & Penutup